Sunday, April 11, 2010

Lesen Kenderaan Sewa

DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
DASAR LESEN KERETA SEWA
1.1 TAKRIF
“Kereta Sewa” ertinya kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi
enam orang atau dalam kawasan yang dibenarkan oleh Lembaga, dua belas
orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk
membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada
bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka. Dikeluarkan di bawah Seksyen
2, Akta LPKP 1987.
1.2 DISKRIPSI PERKHIDMATAN
1.2.1 Menjalankan perkhidmatan dari luar Bandaraya atau Majlis
Perbandaran tanpa had jauh perjalanan. Mesti mempunyai pangkalan
dan beroperasi dari pangkalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan.
1.2.2 Kereta Sewa tidak menggunakan meter dan tambang adalah seperti
yang diperuntukkan dalam Jadual 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan
Bermotor (Pindaan 1996).
1.3 DASAR PENGELUARAN LESEN
1.3.1 Pengeluaran lesen secara terbuka.
1.3.2 Dikeluarkan kepada koperasi dan individu satu (1) lesen sahaja.
1.3.3 Pemohon akan ditemuduga.
1.3.4 Pemohon mempunyai lesen memandu dan lesen PSV yang sah.
1.3.5 Memberi perkhidmatan sepenuh masa.
1.3.6 Berumur tidak lebih 60 tahun pada tarikh memohon kecuali masih
cergas dan sihat dengan mengemukakan bukti laporan perubatan
daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.
1.3.7 Memohon di pangkalan di mana pemohon bermaustatin dan mendapat
pengesahan daripada Pegawai Daerah atau Ketua Masyarakat.
1.3.8 Membuktikan keperluan kereta sewa di pangkalan yang dipohon.
1.3.9 Bukti keupayaan modal yang mencukupi.
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
1.3.10 Keutamaan diberi kepada bekas anggota keselamatan dan bekas
pemandu kerajaan.
1.3.11 Tempoh sahlaku lesen adalah 5 tahun.
1.3.12 Had umur kenderaan yang dilesenkan tidak melebihi 6 tahun dari
tahun didaftar di JPJ.
1.3.13 Bagi kenderaan yang berumur lebih dari 6 tahun dan tidak melebihi 10
tahun adalah tertakluk kepada pemeriksaan PUSPAKOM.
1.3.14 Beroperasi mengikut laluan dan zon yang ditetapkan oleh lembaga
(Lampiran zon disertakan).
1.3.15 Setiap pemohon akan melalui tapisan keselamatan dari pihak PDRM
dan JPJ.
1.4 RASIONAL
1.4.1 Lesen kereta sewa dikeluarkan atas dasar “pemilik pemandu” di mana
pemegang lesen dikehendaki memandu sendiri kereta sewanya
sebagai suatu pekerjaan tetap sepenuh masa.
1.4.2 Lesen PSV disyaratkan kerana pemandu kereta sewa hendaklah
dibuktikan sihat dan memahami tatacara memandu kenderaan
pengangkutan awam
1.4.3 Kehendak pemohon bermastautin di pangkalan yang dipohon adalah
untuk mengutamakan orang tempatan memberi perkhidmatan di
kawasan masing-masing
1.4.4 Bukti modal diperlukan untuk menunjukkan keupayaan pemohon
kereta sewa.
1.5 KADAR TAMBANG
Kadar tambang kereta sewa berkuatkuasa mulai 1 Mei 1994 adalah seperti
yang diperuntukkan dalam Jadual 5, Kaedah Kaedah Kenderaan Bermotor
Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959 (Pindaan 1996 - muka surat
292).
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
1.6 TANDA PENGENALAN KERETA SEWA
Tanda Pengenalan Kereta Sewa adalah seperti berikut:
i) Bumbung dan bonet depan dan belakang berwarna kuning
ii) Nama Pemilik, alamat pangkalan dan nombor fail LPKP tercatat di atas
kedua pintu hadapan kenderaan.
iii) Zon dan laluan tercatat di bonet hadapan, belakang dan kedua-dua
belah pintu kenderaan.
iv) Nombor pendaftaran adalah hitam berlatarbelakangkan warna putih.
1.7 PENOLONG PEMANDU
1.7.1 Penolong Pemandu yang hendak dilantik mestilah terdiri dari ahli
keluarga yang terdekat seperti Bapa/Anak, Suami/Isteri, Abang/Adik
dan sebaliknya. Alasan yang kukuh dan menyakinkan Lembaga perlu
dikemukakan jika Penolong Pemandu yang hendak dilantik adalah
bukan dari golongan yang dinyatakan di atas.
1.7.2 Penolong Pemandu perlu memenuhi syarat berikut:-
i. Umur melebihi 24 tahun
ii. Memiliki lesen PSV
iii. Tidak cacat anggota
1.7.3 Semua permohonan baru dan pembaharuan Penolong Pemandu akan
melalui proses temuduga . Pemegang lesen serta penolong pemandu
yang dicadangkan wajib hadir. Tempoh surat kelulusan adalah 12
bulan.
1.7.4 Bagi pelesen berumur 65 tahun ke atas, pelantikan pemandu kedua
adalah diwajibkan.
1.7.5 Setiap pemohon akan melalui tapisan keselamatan dari pihak PDRM
dan JPJ.
1.8 PAKAIAN SERAGAM
Semua pemandu Kereta Sewa diwajibkan memakai pakaian seragam seperti
spek yang diluluskan. (Spek dilampirkan)
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
1.9 KAD PEMANDU
Kad Pemandu dikeluarkan kepada Pemandu dan Penolong Pemandu Kereta
Sewa dan berkuatkuasa mulai 01.01.2007
1.10 LUAS KAWASAN OPERASI
Pemegang lesen Kereta Sewa tertakluk kepada kelulusan lembaga
dibenarkan beroperasi di luar laluan yang ditetapkan untuk tempoh tidak
melebihi 14 hari.
1.11 DASAR PEMBAHARUAN LESEN
1.11.1 Tempoh pembaharuan lesen diberi setiap lima (5) tahun tertakluk
kepada syarat-syarat berikut ;
i) Lulus pemeriksaan berkala Puspakom;
ii) Cukai jalan masih sah dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh
permohonan dikemukakan;
iii) Lesen perniagaan yang masih sah.
1.12 DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN
1.12.1 Salinan Kad Pengenalan.
1.12.2 Salinan lesen memandu kenderaan awam dan lesen memandu
kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang sah.
1.12.3 Kad Pendaftaran Kenderaan (jika ada).
1.12.4 Bukti modal seperti buku Simpanan Bank, Sijil Simpanan Tetap
(jika ada), Surat sokongan daripada Bank atau institusi-Institusi
Kewangan.
1.12.5 Surat perjanjian dan Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Tanah,
jika tempat letak kenderaan di sewa.
* Semua dokumen yang dikemukakan hendaklah diakui sah salinan oleh
Pegawai LPKP Gred 22 ke atas atau pihak yang mengeluarkan dokumen
tersebut.
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
ZON KERETA SEWA NEGERI SARAWAK
Bil. Daerah / Daerah Kecil Zon
1. Petra Jaya (Bako, Santubong, Matang) Zon 1
2. Bau – Lundu – Sematan Zon 2
3. Padawan Zon 3
4. Samarahan – Asajaya – Sebuyau Zon 4
5. Simunjan – Serian – Tebedu Zon 5
6. Bahagian Sri Aman – Bahagian Betong Zon 6
7. Saratok – Roban – Kabong – Pusat Bandar Sarikei Zon 7
8. Bahagian Sarikei – Pusat Bandar Sibu Zon 8
9. Bahagian Sibu – Bahagian Mukah Zon 9
10. Balingian – Selangau – Mukah – Pusat Bandar Bintulu Zon 10
11. Seluruh Bahagian Kapit Zon 11
12.
Bakun – Sg. Asap – Pusat Bandar Bintulu – Pusat
Bandar Miri
Zon 12
13. Tatau – Bandar Bintulu Zon 13
14. Sebauh – Bandar Bintulu Zon 14
15. Tatau – Selangau – Mukah Zon 15
16. Niah – Sibuti – Bandaraya Miri Zon 16
17. Niah – Suai – Bandar Bintulu Zon 17
18. Daerah Limbang Zon 18
19. Daerah Lawas Zon 19
Dikemaskini : Oktober 2007
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
PAKAIAN SERAGAM PEMANDU KERETA SEWA
Panduan
1. Baju Kemeja
Warna putih
Lengan panjang / pendek
2. Seluar Panjang
Warna hitam / gelap
Seluar slack
3. Kasut
Warna hitam / gelap
DASAR PENGELUARAN LESEN BARU
LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN SARAWAK
KADAR TAMBANG KERETA SEWA NEGERI SARAWAK
Mengikut Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pengangkutan Perdagangan) 1959
(Muka surat 292)
Kadar Tambang
(setiap penumpang)
(a) Bagi kereta sewa tidak berhawa dingin –
i) mengikut jarak –
(aa) bagi setiap kilometer yang
pertama atau seterusnya
(bb) bagi setiap kilometer
tambahan atau seterusnya
ii) untuk tahanan –
bagi setiap 15 minit atau
seterusnya untuk kerta sewa
yang ditahan
30 sen
15 sen
RM 2.50
(b) Bagi sereta sewa berhawa dingin tambahan 15% daripada
kadar-kadar yang
ditetapkan

No comments:

Post a Comment